Kuih badak berendam, atau juga dikenali sebagai sopang di Negeri Sembilan, merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih badak berendam terdiri daripada adunan tepung beras yang digentel bulat dengan inti kelapa bercampur nisan. Bahagian tepung ini dibuat tawar kerana ia mempunyai inti yang manis dan dimakan bersama santan kelapa bagi memberikan rasa lemak. Kuih badak berendam dimakan bersama dengan kuah santan kelapa.
BAHAN UNTUK INTI
1 biji kelapa parut
2 sudu besar gula pasir
2 cawan gula merah
1/2 sk garam
1/2 sb tepung gandum(bancuh ngan sedikit air)
2 cawan air
2 helai daun pandan ikat simpul
masak semua bhn hingga gula da sekata.
jgn terlalu kering ya..sejukkan
BAHAN UNTUK DADIH
2 cawan santan pekat
1 sb tepung beras
1 sk tepung gandum
1 sk garam
2 helai daun pandan ikat simpul
campur semua bhn..kacau2 hingga tiada tepung bergentel baru naikkan atas dapo..
masak hingga doh pekat atas api sederhana..
kena sentiasa kacau agar dadih x berketul2..ketepikan
BAHAN UNTUK DOH
2 cawan tepung pulut
1/2 cawan jus pandan
Air secukupnya
1/2 sudu kecil garam
pewarna hijau
bancuh semua bhn hingga bole membentuk doh..didihkan air dlm periuk kecil
bulatkan doh & masukkan inti kemudian rebus dlm air yg telah mendidih td.
biar hingga doh timbul keatas angkat & toskan
bila da siap rebus semua doh bole la dihidang bersama dadih tdselamat mencuba
No comments:
Post a Comment