Monday, March 26, 2018

HIDUP BERDIKARI: RESEPI TART CADBURY

HIDUP BERDIKARI: RESEPI TART CADBURY:

Biskut ialah sejenis kuih kering yang dibakar, biasanya leper, nipis, dan rangup dimakan. Biskut ialah istilah yang biasanya digunakan untuk pelbagai produk makanan dibakar yang berasaskan tepung. Istilah ini digunakan untuk dua produk yang berbeza di Amerika Utara, Negara-Negara Komanwel dan Eropah. Untuk senarai jenis, sila lihat senarai biskut.


Dalam bahasa Inggeris Komanwel dan bahasa Inggeris Hiberno, biskut yang merupakan produk kecil yang dibakar keras yang akan dipanggil sama ada "cookie" atau "cracker" di Amerika Syarikat dan kadang-kadang "cookie" dalam bahasa Inggeris Kanada. Biskut di United Kingdom, Isle of Man dan Ireland mungkin tidak manis atau manis, seperti biskut coklat, digestives, hobnobs, kacang halia, teh kaya, bourbons dan krim kastard. Dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Komanwel dan Ireland, istilah "cookie" biasanya merujuk kepada satu jenis biskut (cookie coklat cip). Bagaimanapun ia boleh juga merujuk kepada jenis biskut atau roti tertentu oleh penduduk tempatan.

RESEPI TART CADBURY

BAHAN BAHAN
1. Satu buku butter (250 grm)
2. Tiga cawan tepung gandum
3. Dua paket Cadbury Dairy Milk Chocolate

PROSES PENYEDIAAN
Uli butter dan tepung gandum sampai tidak melekat pada tangan

Tekap guna acuan tart nenas gulungLetak coklat cadbury (beku dari peti sejuk ) atas adunan

Tutup dengan adunan lagi pada bahagian atasnya, potong Sapukan kuning telur. Akhir sekali, bakar pada suhu 140 selama sepuluh minit atau sampai masak bergantung oven masing-masing. Selamat mencuba.

HIDUP BERDIKARI: RESEPI PARU GORENG BERLADA

HIDUP BERDIKARI: RESEPI PARU GORENG BERLADA:

Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. 


Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.


RESEPI PARU GORENG BERLADA
BAHAN BAHAN
500 gm paru(rebus dlm stgh jam atau sehingga lembut potong nipis gaulkn dgn kunyit dn garam sedikit kemudian gorg skjp)
10 tangkai lada kering nk guna lada bsr merah pn boleh
2 biji bwg bsr
3 biji bwg putih
2 btg serai ketuk
Sedikit air asam jawa
1 biji bwg bsr hiris bulat

PROSES PENYEDIAAN
Kisar bawang besar dan bawang putih dulu agak agak dh halus sikit msukn lada yg tlh direndam dgn air panas kisar skjp agak2 lada jangan halus sgt.

Panaskn myk msukkn serai yg di ketuk tdi kemudian tumis bahan yg tlh diksar hingga garing. Masukkn sedikit air asam jawa. Garam sedikit gula dn aji jika ada yg suka.

Biar sehingga kering sedikit kemudian msukkn paru yg tlh di gorg tdi. Gaul sebati kemudian msukkn bwg yg di hiris bulat.

HIDUP BERDIKARI: RESEPI SAMBAL CILI PETAI

HIDUP BERDIKARI: RESEPI SAMBAL CILI PETAI:

Pokok Petai merupakan sejenis tumbuhan dalam famili Fabaceae yang berasal dari kawasan Asia Tenggara yang beriklim panas lembap. Pokok ini selalunya tumbuh meliar di dalam hutan-hutan Malaysia, Indonesia, Brunei and Thailand, tetapi jarang didapati selain kawasan Asia Selatan. Nama botaninya Parkia speciosa - Hassk.



RESEPI SAMBAL CILI PETAI
BAHAN BAHAN
17 biji cili padi kampung(boleh lebihkn jika suka pds)
5 biji lada bsr hijau
2 biji bwg bsr
3 biji bwg putih
Semua bahan ni kisar kasar je.kemudian msukkn ikan bilis yg tlh di gorg.kisar skjp je.
Ikan bilis boleh juga di gantikn dgn sedikit belacan (ikut suka)
1 biji bwg besar hiris
Segenggam ikan bilis ( separuh masukn masa blend tdi sparuh nti buh dlm sambal nti.
Petai ikut suka nk byk mna.
Sdikit air asam

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak. Masukkan ikan bilis goreng garing. Keluarkn dari kuali. Ambil separuh ikan bilis yg tlh di gorg msukkn dlm blend kisar bsama cili dn bwg tdi.

Tumis bawang besar hiris hingga layu, masukkn bhn2 yg dh di blend tdi. Tumis hingga garing.

Dh garing msukkn air lebihan dlm blend tdi n air asam jawa. Klu dh naik myk masukkn separuh ikan bilis tdi dan petai. Kacau sebati.

Masukkn garam, aji(klu suka) dan sedikit je gula. Agak2 setengah sudu kfc.

HIDUP BERDIKARI: RESEPI PANDAN OGURA CAKE

HIDUP BERDIKARI: RESEPI PANDAN OGURA CAKE:

Kek merupakan bentuk roti atau makanan seperti roti. Dalam bentuk moden, ia biasanya pencuci mulut dimasak manis. Dalam bentuk yang asal, kek biasanya roti goreng atau kek keju, dan biasanya berbentuk cakera. Menentukan sama ada sesuatu makanan yang diberikan patut dikelaskan sebagai roti, kek, atau pastri boleh menjadi sukar.


Kek moden, terutamanya kek lapis, biasanya mengandungi campuran tepung, gula, telur dan mentega atau minyak, dengan beberapa kelainan yang juga memerlukan cecair (biasanya susu atau air) dan agen penaik (seperti yis atau serbuk penaik). Bahan perisa seperti puri buah-buahan, kacang, buah-buahan kering atau halwa, atau pati buah sering ditambah, dan banyak bahan-bahan utama boleh diganti. Kek sering diisi dengan buah-buahan diawet atau sos pencuci mulut (seperti krim pastri), ais dengan butterkrim atau icing lain, dan dihiasi dengan marzipan, tepi berhias atau halwa buah-buahan.

RESEPI PANDAN OGURA CAKE
BAHAN BAHAN A
5 kuning telur
1 biji telur
80 gm santan pekat
15 gm pati daun pandan
75 gm tepung gandum
65 gm minyak jagung
2-3 titik pewarna hijau

sebati kan semua bahan dan kacau rata bahan di atas. Pastu tapis.

BAHAN B
5 putih telur
70 gm gula halus

Putar kembang sehingga gebu, kental dan bertanduk. Kalau terbalik kan bekas tak jatuh adunan makna nya dah ready.

Campur bahan B ke dalam bahan A berperingkat dalam 3 kali. Kaup gaul, bagi sebati.  

Panas kan dahulu oven 150C Api atas bawah. Dah panas dalam 10-15 minit, bakar suhu yang sama 50-55 minit bergantung oven. Letak kek rak tengah tengah.

HIDUP BERDIKARI: RESEPI KUIH TELAGA EMAS JAGUNG

HIDUP BERDIKARI: RESEPI KUIH TELAGA EMAS JAGUNG:

Kuih (juga dieja Indonesia: kue, Hokkian: kueh atau kway; dari Hokkien: ç²¿KUA) adalah makanan ringan menggigit bersaiz kecil atau makanan pencuci mulut yang biasa ditemui di Indonesia, Malaysia, Singapura dan ada beberapa dari China Selatan iaitu dari wilayah Fujian dan Canton, juga di Belanda melalui zaman penjajahan di Indonesia. Kuih adalah satu istilah yang agak luas yang boleh termasuk perkara-perkara yang akan dipanggil kek, kuih, kuih, puding, biskut, pastri atau dalam Bahasa Inggeris dan biasanya diperbuat daripada nasi atau pulut.


Kuih lebih kerap dikukus daripada dibakar, dan oleh itu sangat berbeza dalam tekstur, rasa dan rupa kek dari Barat atau pastri sedutan. Banyak kuih yang manis, tetapi ada yang manis. Kuih digunakan secara meluas di kawasan-kawasan Indonesia dan Malaysia untuk merujuk kepada pencuci mulut manis atau tidak manis. Walaupun dipanggil dengan nama-nama lain, seseorang itu mungkin untuk mencari pelbagai versi sama kuih di negara-negara jiran seperti Vietnam, Thailand dan Myanmar. Sebagai contoh, yang berwarna-warni kue lapis kukus dan kaya kuih bingka ubi juga boleh didapati di Myanmar, Thailand, dan Vietnam.


RESEPI KUIH TELAGA EMAS JAGUNG
BAHAN BAHAN
1 cawan tepung pulut
1 cawan air
4 helai daun pandan
sedikit pewarna hijau
sedikit garam
# kisarkan daun pandan dan tapis ambil airnya

LANGKAH 1:
Masukkan tepung pulut ke dalam besen dan tuangkan daun pandan dan uli tepung sehingga menjadi doh lembut.

LANGKAH 2 :
Sapukan minyak pada acuan kuih lompang, supaya kuih bila masak ia tidak melekat.

Ambil doh, tekankan dalam acuan hingga menjadi bentuk telaga.

ISI DALAM (FILLING)
1 cawan santan pekat
1/2 cawan tepung jagung
1/2 sudu tepung gandum
3 sudu gula
1 biji telur
sedikit pewarna kuning telur
Jagung tin untuk inti

LANGKAH 3:
Kisarkan santan, tepung jagung, tepung gandum gula, telur dan pewarna kuning.

Masukkan jagung ke dalam acuan dan tuangkan bancuhan tepung jagung.

Kukus 15-20 minit.


Sejukkan dan boleh keluarkan dari acuan dan hidangkan.

HIDUP BERDIKARI: RESEPI DAGING MASAK ROSEMARIA

HIDUP BERDIKARI: RESEPI DAGING MASAK ROSEMARIA:

Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal.


Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.


RESEPI DAGING MASAK ROSEMARIA

BAHAN BAHAN
300g Daging lembu

BAHAN UNTUK MENUMIS
8 Bj bawang merah
3 ulas Bawang putih
1 inci Halia semua dikisar.
3 sudu makan Cili kering kisar
1 batang serai diketuk
3 sudu Makan Sos Tomato


BAHAN UNTUK TABUR
1 labu bawang Besar potong bulat
Buah tomato belah enam.
Cili merah Cili hijau dihiris
Daun bawang dihiris panjang panjang.

PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan dan potong kecil memanjang daging, gaul dengan sedikit cuka dan Kicap masin sampai hitam Haha suka hati nak letak banyak mana sebenarnya. Lepastu Rebus daging sampai Empuk... Rebus sampai Air nya tinggal sikit...

Tumis bahan kisar sampai masak, masukkan Cili kisar dan serai,goreng sampai pecah minyak, kacau sebati, masukkan Daging dn air rebusan daging.. Masukkan sos tomato.

Dan masak sampai mendidih dn kuah jadi pekat.. Garam secukup rasa.


Last sekali Masukkan buah tomato, cili, bawang dn daun bawang potong..

HIDUP BERDIKARI: RESEPI DAGING CONGO

HIDUP BERDIKARI: RESEPI DAGING CONGO:

Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal.


Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.


RESEPI DAGING CONGO

BAHAN BAHAN
1 kg daging - dihiris nipis
2 labu bawang besar - dikisar halus
1 labu bawang besar - dihiris
1/2 cawan kicap pekat
1/2 cawan air asam jawa
3/4 cawan pes cili (tambah jika nak pedas)
3 sudu besar gula (boleh ejas ikut kesesuaian)
garam secukupnya (jika perlu)
sedikit minyak untuk menumis

PROSES PENYEDIAAN
Daging diperap bersama kicap, bawang besar yang dikisar, gula dan juga air asam jawa lebih kurang 1/2 jam

Panaskan minyak dalam kuali , tumis bawang besar sampai layu. Tuangkan bahan-bahan perapan.

Masak dengan api perlahan sehingga air daging tinggal separuh (daging akan mengeluarkan airnya sendiri)
Masukkan cili pes, masak lagi dengan api perlahan sehingga kuahnya agak pekat dan pecah minyak


Rasa garam dan gula Sedia untuk dihidang

HIDUP BERDIKARI: RESEPI IKAN GORENG ASAM

HIDUP BERDIKARI: RESEPI IKAN GORENG ASAM:

Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat. Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya.


Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

RESEPI IKAN GORENG ASAM
BAHAN-BAHAN
3 ketul ikan ( saya guna ikan nyok-nyok)
4 ulas bawang merah - mayang halus
2 ulas bawang putih - mayang halus
1 inci halia - hiris memanjang
1 labu bawang besar - hiris
1 tangkai cili merah - hiris
1 sdt serbuk lada hitam
Air asam jawa secukupnya
garam dan gula secukupnya
sedikit minyak untuk menumis

PROSES PENYEDIAAN
Lumurkan ikan dengan garam kunyit. Panaskan minyak, goreng ikan sampai masak. Angkat ikan daripada kuali.

Tumis bahan-bahan hiris sampai kekuningan. Masukkan air asam jawa, serbuk lada hitam, cili merah dan hirisan bawang besar. Biar mendidih.

Masukkan ikan yang telah di goreng. Balik-balikkan supaya sebati dengan kuah asam.

Perasakan dengan garam dan gula. Padamkan api. Sedia untuk dihidang.

HIDUP BERDIKARI: KERABU PUCUK BETIK DENGAN KERANG

HIDUP BERDIKARI: KERABU PUCUK BETIK DENGAN KERANG:

Pucuk daun betik digunakan secara tradisional oleh para dukun-dukun melayu dalam memberi rawatan sakit-sakit yang berkaitan darah yang selalunya berpunca dari nyamuk.


Khasiat pada pucuk daun betik didapati secara kajian klinikal oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) terhadap jus daun betik bagi pesakit denggi (denggi tidak berdarah dan denggi berdarah kelas satu) menunjukkan pengambilan 30 mililiter (ml) atau dua sudu besar jus daripada dua daun betik matang setiap hari, selama tiga hari menaikkan jumlah platelet.

KERABU PUCUK BETIK DENGAN KERANG
BAHAN BAHAN
1 ikat pucuk betik.
1/2 kilo kerang
5 sudu kerisik
1 cawan pati santan
1 biji bawang besar dihiris
1/2 cili besar dihiris
5 biji cili api
Asam jawa
Seinci belacan
1 camca kecil garam
1 sudu makan gula

PROSES PENYEDIAAN
Rebus pucuk betik hingga empuk. Ada yang beri petua nak hilangkan pahit rebus dgn pucuk jambu.

Rebus kerang dan kupaskan. Tumbuk cili api dgn belacan.

Masukan asam jawa ke dlm santan dan picitkan. Buang hampas asam jawa. Masukan garam dan gula.

Masukan hirisan bawang, cili besar dan kerang. Gaulkan hingga sebati.

Masukan pucuk betik ke dlm mangkuk dan kemudian tuangkan bancuhan kerabu  ke atas pucuk betik dan gaulkan.

Siap utk dihidangkan. Selamat mencuba.

HIDUP BERDIKARI: RESEPI APAM BALIK BERLAUK

HIDUP BERDIKARI: RESEPI APAM BALIK BERLAUK:

Apam balik atau juga dikenali sebagai apom balik, Murtabak manis dan Terang bulan merupakan sejenis kuih tradisi Indonesia, Malaysia dan Singapura, sesuai dimakan pada waktu pagi dan petang secara bersantai. Ia merupakan sejenis kuih apam berkulit tebal yang dibakar dengan lapisan mentega dan ditaburi inti kacang dan jagung di atasnya dan kemudian dilipat dua. Kini terdapat pelbagai perisa seperti coklat, vanila dan strawberi. Apam balik sedap dimakan panas-panas. Tapi awas lidah boleh melecur dan perlu menunggu sedikit masa untuk pesanan siap dimasak.



Bahan tepungnya dicampur dengan air soda dan air penaik ibu roti, dimasak di atas kuali tembaga dan dimaniskan dengan taburan gula kasar, kisaran kacang tanah goreng atau nestum, marjerin dan bahan penambah perisa lain yang sesuai.

RESEPI APAM BALIK BERLAUK

BAHAN BAHAN
4 Cawan Tepung Gandum
2 biji telur
3/4 cawan gula
2 Camca kecil baking powder
1 camca kecil bikar bonat
3 cawan air
1 camca garam
Sedikit pewarna hijau / pewarna kuning
Blander semua bahan2
Biarkan selama 1 jam .

BAHAN BAHAN  LAUK
2 ketul dada ayam dipotong dadu
2 ulas bawang putih dihiris
1 biji bawang merah dihiris
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 1/2 sudu rempah rendang
1 sudu rempah kari
Garam
Gula
Sedikit perasa.

PENYEDIAAN LAUK
Panaskan minyak utk menumis. Masukkan bawang yang dihiris.

Masukkan rempah rendang dan rempah kari letak sedikit air. Masak sehingga garing Masukan isi ayam dan bawang besar.

letak garam, gula dan sekit perasa. Masak sehingga betul2 masak. Cili besar hiris nipis2 dab gaulkan

PROSES MASAK APAM
Panaskan kuali leper tidak melekat. Sapukan sedikit minyak.

Tuang adunan apam ke dalam kulai leper. Masak sehingga berlubang2, seperti yang saya tunjukkan dlm video.

Bila sudah masak letakan inti sebelah dan kemudian lipat apam tersebut. Boleh dihidangkan ke dlm pinggan.