1. DARI BAHAGIAN
ENGINE
Kadang-kadang gegaran datang
dari engine kerana ia tak dapat cukup pembakaran, minyak dan udara untuk engine
tersebut berfungsi dengan baik. Tanda-tanda masalah gegar dari engine :
Kadang-kadang kereta akan
"sentap",
Gegar berkala ketika memandu,
sekejap ada gegar, sekejap takde dan seterusnya
Mula mula bawak memandu ok,
lepas tu je baru mula bergegar
SPARK
PLUG, AIR FILTER, FUEL FILTER
Ini mungkin tanda kereta
perlukan spark plug baru. Kalau spark plug masih ok, kena cek cable plug,
adakah ia disambung betul atau tidak atau perlukah tukar baru. Kalau bukan,
mungkin air filter atau fuel filter kotor. Air filter kotor menyebabkan udara
tak cukup sampai ke engine dan fuel filter tersumbat menyebabkan minyak kurang
sampai ke engine. Sila bersihkan/tukar air filter mengikut jadual dan begitu
juga fuel filter.
Boleh jadi juga engine bergegar
kerana kipas radiator pecah/rosak. Ia masih berpusing tapi tak serata. Maka ia
boleh menyebabkan kereta rasa bergegar dari kanan ke kiri dan sebaliknya.
Bagaimana kalau
engine bergegar sewaktu berhenti/idle?
Biasanya ramai yang
menasihatkan supaya tukar engine mounting. Ada kalanya ia betul, tetapi tak
kurang juga kes, selepas tukar mounting, masih bergegar lagi. Mengapa ia
terjadi?
Sebelum anda tukar mounting,
pastikan engine anda berfungsi dengan baik. boleh jadi satu silinder tak
berfungsi dengan baik, ada vacuum leak, throtle body atau engine bermasalah
(ada yang menyangka throttle body bermasalah, dah cuci pun masih tak ok), kipas
radiator rosak, masalah berkaitan fuel injection dan sebagainya. InsyaAllah masalah
engine bergegar ketika idle (berhenti) kita akan cover di artikel lain.
2. AXLE/DRIVESHAFT
Kalau AXLE/DRIVESHAFT bengkok
disebabkan pelanggaran, kemalangan, termasuk lubang dan seumpamanya, kereta
akan bergegar, dan lagi laju lagi kuat gegaran kerana tugas kompoenen tersebut
adalah memindahkan tenaga dari engine ke tayar.
3. MASALAH BRAKE
Jika gegaran terjadi waktu
brake, boleh jadi ia disebabkan oleh BRAKE DISC (brake rotor) yang bengok, atau
tak sekata permukaannya. Mungkin ia perlu di skim atau ditukar.
Jika kereta bergegar pada
kelajuan tertentu dan selepas itu terus bergegar kuat dan ada bau hangit
seperti tayar terbakar, kemungkinan brake caliper melekat.
4. RIM/BEARING
Jika getaran dapat dirasakan
sehingga ke steering, boleh jadi ia disebabkan rim dah bengkok, bearing perlu
ditukar, tie rod end perlu ditukar atau bahagian komponen suspension lain.
Biasanya tiada jadual berkala untuk perkara seperti ini...bergantung kepada
pengunaan kerata, pemanduan, keadaan jalan dan sebagainya. Mungkin ada yang
perlu adjust.
5. TAYAR
Akhir sekali sebab gegaran
adalah tayar. Jika getaran berlaku di kelajuan tertentu, mungkin tire BALANCING
perlu dilakukan. Tayar yang haus tak seimbang, mungkin perlu tukar dari depan
ke belakang dan sebaliknya. Jika tayar dah bengkak atau getah tayar dah mula
merekah, sebaiknya ditukar terus.
Ini hanyalah garis panduan
kasar, kesimpulannya, gegaran mungkin disebabkan engine tak berfungsi sempurna
kerana spark plug, plug cable, air filter, fuel filter, komponen komponen di
bahagian engine, atau kerana drive shaft/axle atau bahagian suspension sistem
lain, atau rim ataupun tayar sendiri.
No comments:
Post a Comment