MAKANAN
PUNCA BERLAKUNYA AUTISM?
Autisme adalah kategori ketidakupayaan yang
dicirikan dengan gangguan dalam komunikasi, interaksi sosial, gangguan deria,
pola bermain dan perilaku emosi. Gejala autisme mula kelihatan sebelum
kanak-kanak berumur tiga tahun. Keadaan ini dialami di sepanjang kehidupan
kanak-kanak itu. Kanak-kanak autisme sering menimbulkan kekeliruan bagi
penjaganya kerana mereka kelihatan normal tetapi memaparkan tingkah laku dan
pola perkembangan yang berbeza.
Pemahaman dan tanggapan yang salah terhadap
keadaan kecacatan ini membawa kepada kelewatan perkembangan yang serius dalam
semua bidang terutamanya dalam bidang kemahiran sosial dan komunikasi.
Kebanyakan kanak-kanak autisme juga mengalami
terencat akal tetapi dalam pelbagai tahap. Dalam kemahiran koordinasi
mata-tangan, sama ada mereka menghadapi masalah ataupun mereka lebih maju dalam
aspek itu dan kemahiran lain. Mereka mungkin tidak dapat bertutur, hanya
mengeluarkan bunyi-bunyi ataupun meniru apa yang diperkatakan orang lain.
Mereka juga tidak suka disentuh, berhubung dengan orang lain ataupun mungkin
selalu berpaut pada sesiapa sahaja.
Punca sebenar autisme tidak diketahui tetapi
beberapa teori terakhir mengatakan faktor genetik memainkan peranan penting
yang menyebabkan berlakunya keadaan austistik pada kanak-kanak. Selain itu
pengaruh virus yang dihidapi oleh si ibu semasa hamil seperti rubella,
toksoplasmosis, herpes, pemakanan yang tidak berzat, keracunan makanan, juga
mempengaruhi pertumbuhan sel otak yang dapat menyebabkan fungsi otak bayi yang
dikandung terganggu terutama dalam aspek fungsi pemahaman, komunikasi dan interaksi.
Pencernaan
Malah kini, turut dikenal pasti dalam punca
berlakunya autistik adalah akibat pencernaan. Lebih daripada 60 peratus
kanak-kanak autistik mempunyai sistem pencernaan yang kurang baik. Makanan
seperti susu berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicernakan dengan
baik dan ini menyebabkan protein daripada makanan ini tidak berubah menjadi
asid amino ataupun pepton, iaitu bentuk rantaian yang mana akhirnya dibuang
melalui kencing.
Kanak-kanak autisme kurang berinteraksi
dengan rakan-rakan dan biasanya memaparkan tingkah laku yang negatif seperti
menjerit ataupun merosakkan harta benda orang lain. Kebanyakan masalah yang
timbul adalah akibat gangguan terhadap interaksi sosial yang normal. Masalah
disiplin ketara bagi kanak-kanak kategori ini malah mereka kurang terpengaruh
dengan puji-pujian ataupun peneguhan sosial yang lain.
Walaupun pemakanan bukanlah punca utama
masalah ini, seseorang ibu yang ingin hamil sepatutnya sentiasa mengamalkan
pemakanan yang sihat sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum hamil, semasa sedang
hamil dan juga semasa dalam pantang.
Paling penting wanita hamil perlu mengambil
asid folik yang dibekalkan doktor. Ini kerana terdapat banyak kajian
menunjukkan kepentingan asid folik untuk perkembangan saraf dan otak bayi dalam
kandungan. Namun begitu, ramai wanita tidak tahu penambahan pengambilan asid
folik perlu dilakukan tiga bulan sebelum hamil.
No comments:
Post a Comment