Monday, November 13, 2017

TEMPAT MENARIK KUNDASANG RANAU SABAH

KUNDASANG RANAU SABAH
Sumber http://infosantai.com

Kundasang merupakan sebuah pekan kecil yang paling hampir dengan Gunung Kinabalu. Ia terletak hanya 6 km dari Taman Negara Kinabalu. Cuaca yang segar serta pemandangan yang indah menjadi alasan utama ramai pelancong datang berkunjung ke Kundasang.

Pertanian merupakan sumber pendapatan yang utama kepada penduduk di sini. Tidak hairanlah Kundasang merupakan pusat membeli belah sayur-sayuran yang sangat terkenal di daerah ini. Manakala pelancongan menjadi sumber pendapatan kedua terpenting bagi penduduk di Kundasang.


KAUM DAN ETNIK
Majoriti penduduk Kundasang adalah terdiri daripada suku kaum Dusun, Sungai, Bajau, Melayu, Cina, namun terdapat juga sebilangan daripada pendatang Indonesia yang terdiri daripada Bugis, Tator, Timor, Jawa, yang mana telah menjadi sebahagian kecil daripada penyumbang bagi mengerakkan ekonomi di sekitar Kundasang, terutamanya di dalam sektor pertanian. Walaupun hanya sebuah pekan kecil, Kundasang juga menyediakan kemudahan seperti hotel, motel, chalet dan home stay bagi memberi keselesaan kepada kepada pelancong.

TEMPAT MENARIK DI KUNDASANG RANAU YANG MESTI ANDA KUNJUNGI

NATIONAL PARK


Salah satu tempat yang perlu dikunjungi dan merupakan laluan utama baki pendaki yang akan mendaki ke Gunung Kinabalu iaitu melalui Timpohon Gate. Keindahan alam dan kesegaran udara menjadi tarikan utama Taman negara ini.

TIMPOHON GATE

Bagi anda yang ingin mengunjungi Taman Kinabalu atau Kinabalu National Park, Kundasang, ambil sedikit masa anda untuk mengunjungi Timpohon Gate, di sini lah bermulanya titik permulaan perjalanan untuk sampai ke puncak Gunung Kinabalu. Walaupun anda tidak berniat untuk mendaki, anda boleh pergi ke tempat ini untuk mengambil gambar kenangan. Luangkan sedikit masa anda untuk meninjau laluan trek untuk sampai ke puncak Kinabalu kerana mungkin pada suatu hari nanti anda berpeluang untuk mendaki gunung yang tertinggi di Malaysia ini.

Disini anda akan dilayan oleh sang Tupai yang jinak dan juga anda akan menikmati cuaca sejuk seolah olah anda berada di negara musim sejuk

sumber http://infosantai.com

DESA CATTLE DAIRY FARM
 
sumber http://sabahup2date.blogspot.my

Terletak betul betul di kaki Gunung Kinabalu dan pemandangan yang ada seolah olah pengunjung berada di negara New Zealand. Jarak lokasi ini dari Pekan Kundasang hanya kira kira 6km. Terdapat kilang pemproses susu di sini dan penggemar susu bolehlah membeli dengan harga yang berpatutan

TUGU PERINGATAN PERANG KUNDASANG (KUNDASANG WAR MEMORIAL)


Tugu Peringatan Perang Kundasang (Kundasang War Memorial) adalah salah satu tugu peringatan untuk mengenang keberanian Tawanan Perang Australia dan Inggris yang gugur di Sandakan dan selama pawai kematian yang keji ke Ranau pada Perang Dunia II.

Tugu Peringatan yang seperti benteng dirancang oleh arsitek setempat bernama J.C. Robinson. Tempat ini terdiri dari empat taman yang saling terkait tapi tetap terpisah, yang melambangkan tanah air mereka yang gugur: Taman Australia, Taman mawar Inggris yang resmi, Taman Borneo dengan bunga liar dari Kinabalu dan di bagian atas adalah Taman Kontemplasi dengan kolam refleksi dan pagoda.


Tugu ini dibuka untuk pengunjung lokal dan asing, tidak hanya untuk melihat taman yang sempurna, tetapi untuk mengenang mereka yang mengorbankan hidup demi kemerdekaan orang lain. Terbuka untuk umum dengan biaya masuk yang murah.

Tempat menarik lain boleh kunjungi blog ini :
 http://infosantai.com/tempat-menarik-di-kundasang-ranau/

Sunday, November 5, 2017

PUNCA KERETA TIDAK BOLEH DIHIDUPKAN@START


Mekanik kereta adalah mekanik bagi pelbagai jenis kereta atau bahagian khusus atau bagi jenis kereta tertentu. Dalam pembaikian kereta, peranan utama mereka adalah bagi mendiagnosis masaalah dengan cepat dan tepat. Mereka sering kali perlu memberi sebut harga kepada pelanggan sebelum memulakan kerja atau selepas separa lerai bagi pemeriksaan. Mekanik menggunakan kedua-dua kaedah eletronik bagi mengumpul data dan juga deria mereka. Pekerjaan mereka mungkin membabitkan membaiki hanya bahagian khusus atau menggantikan satu atau beberapa bahagian menyamai seperti kerja pemasangan.


Pemulihan kenderaan asas merupakan tugasan asas bagi kerja mekanik di negara industri moden, sementara di tempat lain mereka hanya dicari apabila kenderaan sudahpun menunjukkan tanda-tanda kerosakan. Jagaan menghalang juga merupakan bahagian asas kerja mekanik, tetapi ini tidak mungkin dalam kes kenderaan yang tidak diuruskan oleh mekanik secara berkala. Salah satu aspek yang sering disalah faham bagi jagaan menghalang adalah penggantian berjadual bagi pelbagai bahagian, yang berlaku sebelum berlaku kegagalan bagi mengelakkan kerosakan lebih mahal. Oleh kerana ini bererti bahagian kereta digantikan sebelum kerosakan disedari, ramai pemilik kereta tidak memahami kenapa perbelanjaan perlu dikeluarkan bagi menggantikan bahagian yang tidak rosak.

BATERI KERETA ROSAK


Inilah punca no.1 kenapa enjin kereta tak dapat hidup. Buat macam mana pun kereta tak mahu juga hidup, lepas kena jumper baru hidup. Maksudnya bateri kereta anda dah kong. Bila bateri kereta kong, ianya tak dapat mengecas dan membekalkan kuasa elektrik kepada kereta untuk menghidupkan enjin.

Jika pakai bateri sel basah, selalulah cek air bateri sebelum memandu lihat paras aor bateri ok ke tak. Kalau pakai sel kering memang tak boleh cek jadi sentiada alert dengan tanda tanda bateri nak kong.

Kalau tak boleh jumper, pinjam bateri kereta jiran, masukkan ke kereta anda untuk hidupkan kereta sementara nak ke kedai bateri. Jika kereta dah boleh hidup, tanggalkan semula bateri kereta jiran tadi dan masukkan semula bateri kereta anda.

KABEL BATERI KOTOR


Bila start enjin, langsung tak ada bunyi. Bunyi kosong bermaksud tiada bunyi crank.. crank.. atau bunyi klik pun tak ada.

Ini adalah disebabkan kabel penyambung bateri dan kepala bateri kereta anda sudah berkarat dan kotor. Segala karat dan kekotoran ini akan menyebabkan kuasa dari bateri tak sampai pada kereta anda. Untuk atasi masalah ini, sila bersihkan kabel dan kepala bateri anda dari segala kekotoran.

SPARK PLUG ROSAK


Bila nak start kereta ada bunyi crank..crank... Lampu semua menyala, tapi enjin tidak hidup. Ini bermaksud spark plug anda sudah rosak. Bila spark plug rosak, kereta tidak boleh ignite.

Jangan panik, telefon mekanik dan minta mereka tukarkan spark plug baru. Kalau nak tahu, spark plug juga adalah antara punca kereta punya pick-up jatuh, terutamanya bila naik bukit. Kita tekan minyak macam mana pun, kereta tetap rasa perlahan dan berat. Itu petanda awal bagi kerosakan spark plug kereta anda.

STARTER ROSAK


Starter berfungsi untuk menghidupkan kereta dan menggerakkan piston. Bila starter rosak, ia akan kehilangan tenaga untuk menggerakkan sistem pembakaran dalam enjin kereta. Akibatnya, pusing kunci macam mana pun, kereta takkan start kerana starter sudah rosak. Jadi kenalah ganti yang baru secepat mungkin.

FUEL FILTER TERSUMBAT


Bila fuel filter tersumbat, minyak kereta tidak akan dapat masuk ke dalam enjin kereta. Bila minyak kereta tidak dapat masuk ke dalam enjin, sistem pembakaran dan pergerakan piston tidak akan terhasil.

Ini masalah kecil sahaja, tapi masalah ini tetap akan membuat kereta anda tidak dapat dihidupkan. Jadi sila pastikan fuel filter anda selalu diperiksa waktu servis untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

FUEL PUM ROSAK


Fuel pump berfungsi untuk mengepam minyak dari tangki minyak ke dalam enjin kereta. Bila minyak sudah berada di dalam enjin, barulah spark plug dapat membakar minyak tersebut bagi menggerakkan kereta. Bila pembakaran terjadi barulah kereta boleh bergerak. Sekiranya fuel pump rosak, minyak dari tangki tidak akan dapat dipam masuk ke dalam enjin. Bila tiada minyak, kereta anda tidak dapat dihidupkan.

MINYAK KERETA HABIS

Bagi punca ini merupakan kelalain kita sendiri kerana tidak alert dengan minyak kereta yang masih ada.


Kadang kadang sebab meter minyak rosak jadi susah nak pastikan berapa banyak lagi minyak yang ada dalam tangki minyak.

TANDA-TANDA AWAL ALTERNATOR ADA MASALAH



TANDA-TANDA AWAL ALTERNATOR PROBLEM
1) Enjin kereta anda sukar dihidupkan
2) Lampu hadapan kereta kelihatan malap
3) Bateri kereta selalu kong
4) Radio akan ter'off' dengan sendirinya
5) Tanda lampu Electrical Fault Light dekat dashboard kereta akan menyala.
6) Kereta macam tak cukup power letrik tersengguk-sengguk (sedikit sentap bila pertukaran gear rendah ke tinggi)


PENUNJUK LAMPU AMARAN MENYALA


Terdapat pelbagai lampu penunjuk pada gugusan meter kereta anda khususnya untuk kereta-kereta moden yang seharusnya anda sentiasa perhatikan sama ada terdapat lampu amaran pada papan pemuka kenderaan atau tidak untuk mengesan sebarang masalah.

Salah satu lampu penunjuk akan menyala jika ia mengesan sesuatu masalah pada alternator kereta.

Kebiasaannya lampu amaran alternator ini berbentuk seperti bateri namun ada juga sesetengah model kereta memaparkan nyalaan abjad “ALT” atau “GEN”, yang membawa maksud altenator ataupun generator.
Ramai mentafsirkannya sebagai masalah pada bateri tetapi sebaliknya. Lampu ini dihubungkan dengan sistem computer dalaman kereta yang mengesan keluaran voltan dari alternator.
Sekiranya voltan yang dihasilkan berlebihan ataupun berkurangan, lampu tersebut akan menyala.

LAMPU UTAMA MALAP

Salah satu petanda utama alternator kereta anda bermasalah adalah lampu manjadi malap. Perkara ini disebabkan alternator berfungsi menyumbangkan tenaga elektrik kepada kenderaan.

Anda mungkin akan mendapati yang lampu kenderaan menjadi kurang terang ataupun terlebih terang. Begitu juga dengan aksesori-aksesori lain yang menggunakan tenaga elektrik seperti penyaman udara, meter-meter penunjuk dan tingkap kuasa.

VISUAL, BUNYI DAN BAU
Untuk tiga simptom ini, ia agak kurang tepat berbanding lampu amaran, tetapi ia juga pengalaman kita sendiri sebagai pemandu.
Dari pemerhatian VISUAL, mekanik kebiasaannya memeriksa alternator berdasarkan daripada maklumbalas pemilik kenderaan tentang simptom sebelum ini.

Pemeriksaan ini bertujuan untuk mengesan tali sawat jika terdapat sebarang keretakan atau tali tersebut sudah haus.Selain itu, tali sawat tidak boleh terlalu tegang ia mesti mempunyai regangan yang sesuai namun tidak terlalu longgar.

Manakala dari segi pendengaran, kita akan mendengar BUNYI yang tidak biasa kita dengar dalam bahagian enjin sebelum alternator gagal berfungsi.Tali sawat aksesori berfungsi menggerakkan alternator dengan bantuan pulley dan beberapa bushing agar alternator bergerak dengan lancar.
Anda juga boleh mendengar bunyi geseran sebelum alternator rosak sepenuhnya kerana ia juga mempunyai bebola galas sendiri untuk melancarkan putarannya dan kerosakan pada bebola galas ataupun syaf akan menghasilkan bunyi geseran tersebut.
Apabila alternator hampir rosak, anda akan dapat BAU getah terbakar ataupun wayar yang terlalu panas. Tali sawat gagal bergerak lancar kerana pulley yang sudah rosak dan menjadi semakin panas.
Lalu tali sawat tersebut menjadi panas dan menghasilkan seperti bauan getah terbakar.

BATERI MATI @ ‘KONG’

Sekiranya anda gagal menghidupkan kenderaan anda, ada dua kemungkinan sama ada jangka hayat bateri anda sudah tamat atau alternator bermasalah.

Sekiranya anda sudah memutar kunci kereta tetapi hanya mendengar bunyi “klik” dan enjin gagal dihidupkan, ia mungkin berpunca daripada bateri yang telah mati.

Jika anda menjaga beteri kereta anda dengan baik dan mungkin masih baru, enjin kereta anda tidak boleh dihidupkan mungkin kerana alternator mengalami kerosakan.
Apabila alternator rosak, ia tidak mampu membekalkan arus elektrik secukupnya untuk mengecas bateri lalu menyebakan bateri kekurangan tenaga untuk menghidupkan enjin.

KEROSAKAN ATAUPUN MASALAH SAMBUNGAN YANG LONGGAR

Tiada kerosakan dikesan tetapi bateri kereta anda kehilangan kuasa. Ini kerana alternator seharusnya berfungsi menghasilkan tenaga elektrik tetapi ia tidak dapat disalurkan ke mana-mana bahagian jika terdapat kerosakan atau masalah pada kabel-kabel penyambung.

Ia juga boleh mengakibatkan plastik penebat wayar menjadi hangus lalu menghasilkan bau terbakar.


Selain itu, kerosakan yang biasa terjadi bila bahagian diod rectifier yang berfungsi untuk menukar arus elektrik ulang alik (AC) kepada arus sehala (DC) tetapi aksesori kereta lazimnya memerlukan DC. Rectifier berfungsi menukar AC kepada DC.

Wednesday, November 1, 2017

MENGAPA STERENG KERETA MENJADI BERAT



Ada ketikanya pemandu tidak berasa selesa apabila stereng menjadi semakin ketat dan berat. Anda terpaksa menggunakan lebih tenaga untuk memutar stereng dan keadaan ini menyusahkan terutama ketika hendak meletak kenderaan ke dalam parking lot dan apabila kereta banyak membelok di simpang jalan.

7 sebab keadaan ini mungkin berlaku adalah kerana :

1. Tekanan angin tayar depan yang terlalu rendah atau tidak sama antara keduanya

2.  Diameter rim kiri dan kanan yang tidak sama

3. Penjajaran (alignment) tayar depan kurang tepat

4. Brek dari salah satu roda depan atau belakang bergesel

5. Kekurangan atau kerosakan minyak pelincir di dalam kotak gear stereng

6. Kekurangan gris pada sambungan rod stereng atau pengalas tayar depan dan

7. Penyelarasan yang kurang sempurna pada peralatan pengemudian/stereng.

Dalam pada itu, stereng automatik dan manual memang berbeza. Untuk tujuan meletak kereta, mengundur atau membelok, stereng automatik lebih mudah dan selesa. Namun, ada ketikanya masalah stereng berlaku ketika anda memandu laju pada kedua-dua model. Ketika kenderaan bergerak pada kelajuan tinggi di atas jalan yang rata, roda depan terasa meliar dan stereng sukar dikendalikan. Keadaan ini berbahaya terutama jika kenderaan bergerak laju melebihi 100 kilometer/ jam apa lagi jika melalui jalan basah dan licin.


Apa Yang Perlu Dilakukan?


Jika anda berhadapan dengan keadaan sebegini, antara pemeriksaan dan pembaikan kecemasan yang boleh dilakukan termasuk memeriksa gerak bebas stereng. Gerak bebas stereng adalah gerakan berputar stereng yang tidak menyebabkan roda depan bergerak ke kiri atau kanan. Gerak bebas normal stereng adalah sebesar 10-30mm dari suatu tanda tetap.

Apabila gerak bebas stereng terlalu besar, maka akan terjadi kenderaan bergerak dalam keadaan liar. Memang sukar untuk memeriksa sendiri rod kemudi dan sambungan yang longgar, jadi bawalah ke bengkel.

Ketika sedang dipandu di atas jalan datar, bahagian belakang kenderaan bergoyang kuat sehingga menjejaskan keselesaan penumpang belakang. Keadaan itu boleh terjadi disebabkan bolt pegas daun penyerap hentak/absorber belakang patah. Akibatnya kenderaan tidak stabil dan tidak dapat dipandu dengan mudah terutama pada kelajuan tinggi. Keadaan ini sering terjadi terutama pada kenderaan besar.

Gejala yang sama mungkin terjadi disebabkan tiupan angin sampingan yang kuat. Bagaimanapun, keadaan ini banyak terjadi pada kenderaan ringan. Keadaan sistem pengemudian hendaklah diperiksa dengan teliti kerana ia berkaitan dengan keselamatan penumpang.


Anda Boleh Lakukan Sendiri/DIY

1. Periksa tekanan tayar hadapan dan pelinciran sambungan rod stereng. Agar pemeriksaan dapat dilakukan dengan mudah, tongkat kenderaan hingga kedua-dua roda depan tergantung. Kemudian periksalah adakah sambungan dan skru sistem pengemudian cukup ketat.

2. Periksa kotak gear stereng, sambungan bebola atau gantungan depan, termasuk hujung dan pangkal rod pengikat. Untuk mengetahui kerosakannya, putarlah stereng ke kiri dan ke kanan. Selepas itu putarlah stereng ke kanan penuh, kemudian gerakkan stereng sedikit ke kiri dan ke kanan.


3. Pastikan beban kenderaan cukup seimbang. Kemudian periksalah sama ada kedua-dua tayar depan dan belakang sama tekanannya. Jika tidak, samakan.

4. Pandu kenderaan perlahan-lahan di atas jalan datar. Luruskan arah kenderaan, rasa dan perhatikan bagaimana kenderaan berjalan. Apabila kenderaan masih cenderung untuk membelok ke satu arah, hentikan kenderaan dan lakukan pemeriksaan seterusnya.

5. Diameter luar rim kiri dan kanan (untuk roda depan dan belakang) harus sama. Kemudian periksa adakah salah satu pegas depan sudah lemah atau patah. Selain itu, ada kemungkinan juga penyelarasan brek kurang baik atau hanya sebelah yang berfungsi.


Kerosakan pada sistem kemudi boleh menjejaskan sistem keselamatan. Oleh itu, penjagaan aspek penjajaran roda depan tidak boleh dipandang ringan.Apabila ketebalan minimum tercapai, permukaan yang dikeraskan tadi sudah tiada dan cuma tinggal asas keluli yang lembut dan tidak efektif untuk membrek.

STERENG BERGEGAR KETIKA BREK





Cakera brek diperbuat daripada keluli dan mempunyai permukaan yang dikeraskan. Apabila membrek, permukaan pelapik brek akan bergeseran pada permukaan itu dan mewujudkan kuasa pemberhentian kereta yang bergerak.

Geseran itu menghakis permukaan cakera dan menjadi seperti berkilat. Permukaan logam kerap terdedah kepada lembapan dan mungkin berkarat jika kereta tidak digunakan dalam tempoh lama.

Karat yang sedikit boleh dihilangkan sendiri apabila membrek, jika tidak terlalu tebal ia turut dibuangkan dengan kertas pasir.

Namun jika karatnya tebal, ia perlu dilarik untuk meratakan permukaan cakera brek dan tidak lagi menghasilkan gegaran apabila membrek.

Kesan sampingannya hanya kehausan awal cakera brek itu dan ia mempunyai tahap ketebalan minimum.

Selalunya, tahap minimum ketebalan brek diperhatikan dengan perkataan MIN dan diikuti angka dalam milimeter.


PUNCA MASALAH KERETA BERGEGAR APABILA BERGERAK

Stereng memberikan arah kepada pemandu untuk mengawal kenderaan yang dipandunya. Gear dan penghubung stereng digunakan untuk memusingkan roda pada kedua-dua belah kenderaan supaya bergerak dengan licin dan teratur.

2. Stereng dibahagikan kepada dua jenis, iaitu stereng manual dan stereng kuasa. Kebanyakan kenderaan masa kini dipasang dengan stereng manual kerana mudah untuk dibaiki apabila mengalami kerosakan.

3. Stereng kuasa pula menggunakan cecair hidraulik dan mempunyai banyak komponen yang canggih. Walaupun stereng kuasa mempunyai kelebihan kerana boleh dipusing dengan ringan semasa memandu, tetapi dalam masa yang sama, boleh membahayakan keselamatan pemandu dan juga penumpang.

4. Sekiranya stereng itu mengalami kerosakan terutamanya ketika sedang memandu, kenderaan amat sukar untuk dikawal.

5. Penyelarasan roda yang betul dan tepat membolehkan pemandu mengawal roda stereng dengan tepat seperti yang dikehendaki dan membolehkan kenderaan menuju ke arah yang lurus tanpa gangguan.

6. Walaupun stereng kurang mengalami kerosakan, tetapi antara kegagalan yang selalu terdapat pada sistem ini adalah seperti yang berikut:

a. Kenderaan sukar dikawal semasa memandu.
b. Roda stereng berat untuk digerakkan


MASALAH ENJIN



Kadangkala gegaran berpunca daripada bahagian enjin disebabkan tidak cukup suapan udara, bahan api atau percikan api yang diperlukan untuk membolehkannya bergerak lancar. Simptom yang menunjukkan gegaran berpunca akibat masalah enjin dapat dikesan menerusi:

1. Kereta bergegar dan berketar (jerking) semasa memecut.

2. Kereta bergegar ketika melalui jalur derum (rumble strip) atau garisan kuning atas jalan yang digunakan untuk memperlahankan halaju kenderaan dalam kelajuan tertentu.

3. Kereta dapat dihidupkan dan dipandu dengan baik buat seketika sebelum gegaran berlaku.

Penyelesaiannya, cuba ganti palam pencucuh (spark plug) lama kepada baru. Jika masih elok, periksa wayar palam pencucuh sama ada ia disambung dengan baik atau perlu diganti. Penapis udara kotor atau penapis bahan api tersumbat boleh menyekat kemasukan udara atau bahan api mencukupi ke dalam enjin. Pastikan kedua-duanya diganti mengikut saranan standard pengeluar.

MASALAH GANDAR (AXLE)


Sesebuah kenderaan memiliki banyak bahagian berputar yang memerlukan unjuran atau toleran tertentu bagi membolehkannya beroperasi dengan baik. Kerosakan gandar mudah terjadi akibat kemalangan yang menyebabkan kereta menghadapi masalah gegaran, terutama apabila memecut laju.

Pemeriksaan ke atas aci pacu (driveshaft) perlu dilakukan. Bagi kenderaan pacuan roda belakang (RWD), sebahagian besar bahagian berputar memindahkan kuasa enjin kereta ke gandar belakang dan roda. Jika bengkok, gegaran akan berlaku. Kehausan sendi halaju malar (constant velocity joint-CV) juga termasuk dalam kategori sama. Jika 'but' getah yang menutup hujung gandar pacu kekal kukuh, pengapit (clamp) adalah selamat dan tiada bendalir bocor, sekali gus tiada masalah.

Tetapi, jika 'but' sudah koyak, habuk dan kotoran jalan akan masuk dan merosakkan sendi. Bagi kenderaan pacuan roda depan (FWD), kerosakan sendi CV bermakna anda perlu memberi gandar pacu baru. Ini kerana gandar tidak seimbang mampu menyebabkan kereta anda bergegar.

3. BREK ROSAK


Apakah gegaran berlaku apabila anda menekan brek? Jika ya, ada kemungkinan besar masalah tersebut berpunca daripada rotor brek atau rotor. Rotor adalah komponen berbentuk cakera berwarna perak berkilat yang dipasang bersama sistem brek cakera.

Komponen berkenaan boleh bengkok atau 'lari' daripada bentuk asal disebabkan jangka hayat dan gaya pemanduan kereta. Kekerapan membrek mengakibatkan kepanasan ke atas rotor dan kerosakan berlaku apabila terjadi kepanasan melampau. Kerosakan rotor juga berpunca disebabkan permukaan jalan tidak rata.

Apabila rotor rosak, kaliper dan pad brek gagal mencengkam rotor dengan baik, sekali gus menyebabkan gegaran.
Idea terbaik adalah jumpa pakar brek yang akan memberitahu keadaan rotor atau brek dram kereta anda.

4. RODA GOYANG

Kadangkala gegaran kereta dapat dirasai secara terus dari roda stereng. Alasan paling munasabah difikirkan adalah isu penjajaran (alignment), tetapi pakar berfikir sebaliknya. Satu daripada roda lain mungkin mengalami masalah goyang (wobbly) yang menjurus kepada beberapa isu lain.

Langkah pertama adalah memastikan setiap roda diketatkan pada hab dengan bolt lug yang betul. Malah, masalah gegaran mungkin dapat diselesaikan dengan menggantikan bering roda. Bering roda bagi kenderaan moden hari ini diibaratkan bagai nyawa sesebuah kereta. Jika kereta anda dipandu bukan dalam kondisi normal seperti meredah laluan off-road, pemanduan ekstrem dan jarak jauh, kenderaan anda berisiko mengalami masalah bering.

Seperkara lagi perlu dilihat adalah 'runout' atau habis. Terma ini menjelaskan berapa banyak roda membelok daripada putaran lingkar sempurna apabila dipandu. Mekanik roda menggunakan instrumen ketepatan untuk mengenal pasti jika 'runout' berlaku ke atas mana-mana roda yang melebihi setengah inci, tetapi bukan sepanjang masa. Penyelesaian terbaik adalah menukar roda baru.

Masalah lain bagi roda bergoyang adalah hujung rod-ikatan (tie-road) atau sendi bebola (ball join) yang menyebabkan gangguan gegaran ketika memandu laju. Roda adalah punca biasa yang perlu diberikan perhatian jika mahu mengesan punca kereta bergegar.

5. MASALAH TAYAR

Walaupun berada dalam senarai akhir, tayar adalah masalah nombor satu apabila berlaku gegaran kereta kerana ia adalah komponen utama pergerakan sesebuah kenderaan. Ada banyak senarai masalah tayar yang menyumbang kepada masalah gegaran, ketaran dan golengan sesebuah kereta. Namun, di bawah adalah masalah besar yang kerap berlaku:

Kereta bergegar pada kelajuan tertentu - imbangan (balancing) tayar diperlukan.

Bunga tayar terpisah - tayar perlu ditukar.

Tayar tidak rata - penjajaran (aligntment) tayar diperlukan.

Tayar terkeluar dari pusingan dan bergolek tidak sama - tayar perlu ditukar.


Kadangkala, gegaran bukan berpunca daripada tayar, tetapi roda atau rim. Beri perhatian kepada jalan berlubang dan sedang dibaiki kerana kedua-duanya mampu merosakkan roda anda.

Sumber: https://pandulaju.com.my/5-punca-masalah-kereta-bergegar-diagnosis-awal-mungkin-jimat-wang-dan-masa-anda/